Saturday, August 20, 2011

berkenaan Lailatul Qadr ~~ jgn lepaskannya


Beberapa Info Berguna
Berkenaan Malam Al-Qadar 
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Waktunya
Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman


Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.
Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.
Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.
Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.
Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.
Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.
Hadith Nabi menyebut:-
التمسوها في العشر الأواخر من رمضان
Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.
carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal


Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?
Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).
Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-
أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر
Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)
Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-
ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )
Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar
Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-
فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ
Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )
Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.
Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.
Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-
وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )
Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-
وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"
Mestikah Mendapat Tanda ?
Sabda Nabi SAW :
من يقم ليلة القدر فيوافقها..
Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)
Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.
Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.
Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.
Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?
Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :
waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.
Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-
سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )
Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?
Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-
  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.
Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.
sekian
Zaharuddin Abd Rahman
20 Ramadhan 1428 H
2 Oktober 2007

Friday, August 19, 2011

hari ni punyer citer~~




..assalamualaikum..
..dear peeks..


..urghhhhh,dem tired dowh..
..rs cm ngantok gle skg ni..
..nk berdiri pon rs cm xlarat..
..dalam kepala ni da nampak bantal2 ak yg empuk tu je..
..kn bez klu leh wt kuak lentang kt atas katilku yg xberapa nk empuk lg b'spring tu..
*kn bez klu ad katil yg ad spring tu..leh lompat2 sambil wt gaya bebas..hehe*
..ngantok weh..
..mata asyik nk pejam je..
..neh setan r punye pasal..
..jahat tol setan neh..
..g men jaoh2 nuh..
..xmo ah kacau2 ak..
..ak nk g terawikh kot jp ag..
..syuhhh2,nyah ko jaoh2..
..sepak laju2 sampai melambung kang baru taw..
Super cute onion


..act ptg td da tolong umi msk cket2 utk bukak pose..
..ktorg wt simple2+xbyk sgt la cz famili ktorg je kot yg nk mkn..
..dorg ni pon bknnye mkn byk sgt..
..but around 5p.m something td mak ngah ak kol nk dtg bukak pose kt umah ak lak..
..dowg dtg satu famili..
..so ktorg cpt2 la prepare balik ape2 yg patut cthnye cm tambah lauk-pauk gn masak nasi lg seperiuk..
..mmg agak penat la td..
..lenguh gle rasanye..
..berkejar-kejar kt dalam umah sendiri..
..da la kaen yg baru angkat dari ampaian pon xberlipat lg..
..umi lak asyik dok suh g lipat kaen gn kemas2 umah cket..
..segan klu owg tgk umah bersepah katanye..


..after da ciap sume,umi suh g bakar ikan lak..
..pffttt*,berpeluh-peluh td..
..penat bkn maen..
..seb baek xpitam je..
..mmg exhausted gle2 ah..
..mana xnye,nk duduk kejap pon xsempat kot..
..penat!!!penat!!!penat!!!
Super cute onion


..saat2 terakhir nk bukak puase pon ktorg still rush ag buat keje..
..yela,ingatkn xramai yg dtg..
..rupe-rupenye hamek ko..
..ramai dowh..
..mmg xmuat ah dapur ktorg klu sume nk bukak puase kt dapur..
..so alternatif laen supaya sume org dpt berbuka puasa ialah ktorg pindahkan sume makanan kt dining room..
..pergh mmg dasyat ah td..


..then bile bukak puasa lak ak gn angah xbukak puase sekali gn dorg..
..ktorg dok kt dapur je..
..so td bukak puase gn air jela sbb makanan sume ktorg da angkut bwk keluar..
..nk join dorg rs cm segan lak sbb honestly ak da lama xjumpe gn famili belah mak ngah ak..
..last jumpe pon ms raya tahun lepas kot..
..so bile jumpe balek ni rasa cm awkward cket la..
..huhuhu watever la kn..
..xkesah pon bukak puasa gn air..
..tuan umah mkn kemudian pon xpe..
..lgpon xsalah klu nk jamu tetamu dlu..
..tetamu kn comes first..
..tgk dorg happy dan puas hati gn persiapan ala kadar ktorg pon da cukup wt ktorg happy..
Big head

..ingatkan lepas maghrib td ak nk tdo kejap sebelum g terawikh..
..memandangkan mata pon da berat semacam da neh..
..tp cam kurang ajar la pulak klu ak nk tdo..
..da la tetamu xbalek ag..
..kang ape lak yg dorg ckp nnt..
..nak xnak kena ak gagahkan jgk diri ak yg sememangnye da longlai gle da neh..
..sabar2..
..sabar tu kn separuh daripada iman..


..layan tetamu punye pasal,end up die ak terlepas g solat terawikh mlm ni..
..umi ckp xelok r klu nk tinggal je tetamu kt umah..
..xpela,Allah da janjikan ganjaran yg sepatutnye utk mereka yg memuliakan tetamu..
..nak2 tetamu itu ialah darah daging kte sendiri..
..mmg ak xdpt pahala sbb xg solat terawikh tp ak xnk sia2 kannye dgn wt dek je kt tetamu2 yg datang kt umah ak ni..
..at least i can do something for my famili..
..lgpon jarang2 je ak dpt jumpe dorg..
..so ape salahnye klu ak amek peluang ni utk beramah-mesra gn dorg..
..plus ak bole gk ilangkan rasa awkward ak pd famili mak ngah ak yg da lama ak xjumpe ni..
Big head



..k la,ak nk pen off suda..
..taaa~~..
Super cute onion





Friday, August 12, 2011

Bacaan Al-Quran guna pembesar suara dilarang di Penang..


PEKELILING dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, JHEAIPP yang melarang bacaan Al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau pada waktu Subuh, telah dikeluarkan kepada semua ahli jawatankuasa masjid dan surau.

Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.

Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid [BH].






source: http://milosuam.blogspot.com

salam Jumaat~~



..assalamualaikum..
..rakan2 readers yg ak homati sekalian..

..Alhamdulillah,pejam celik pejam celik,da 12 hari kte berpuasa..
..syukur kerana Allah masih lg bagi kesempatan kepada kte utk terus meraikan bulan yg penuh barakah ni..
..as we know,hari ni hari jumaat..
..penghulu bg segala hari..
....so pada mereka2 yg xdilanda keuzuran tu,perbanyakkan la amalan korg di hari jumaat yg indah neh..
..nk2 skg ni dalam bulan puasa..
..Allah gandakan  pahala bg setiap amalan yg korg lakukan..

..mcm mn nk dapat pahala??..
..susah ke nk dapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T??..
..mcm mn caranye??..

..well,mungkin soalan2 ni macam ni sering b'legar2 dalam kepala korg2 sume..
..termasuk la tukang yg tengah mencoret entry neh..

..sape ckp susah nk dapat pahala??..
..Allah tu kan maha pemurah..
..sedikit amalan baek yg korg lakukan,Allah da upah pahala utk korg..
..byk kn la berzikir dalam kehidupan kte..
..klu slalunye kte asyik dok miming lagu2 yg lagha je,why not kalau kte alunkan kalimah2 zikrullah..
..then amek la peluang utk alunkan ayat-ayat suci al-quran at least sekali sehari..
..byk kn la jgk berselawat ke atas nabi junjungan kte,Nabi Muhammad S.A.W..
..I'Allah,Allah akan kurniakan darjat yg tinngi di sisi-Nya kepada sesiapa yg selalu mengingati-Nya dan Rasullullah..


..cuba korg renungkan..
..kt dunia kte skg ni xkire la kt mana2 even kt Malaysia sekalipun,org lebey m'utamakan kekayaan dan darjat..
..org2 yg berdarjat selalunye dipandang tinggi oleh masyarakat..
..tetapi mereka2 yang xberkemampuan selalunye dipandang hina dan seringkali ditindas..
..kte seharusnye sedar bahawa,tiada manusia yg special di sisi Allah melainkan mereka yg mentaati perintah-Nya..
..so,jgn nk berlagak la gn harta korg yg b'timbun-timbun..
..harta pinjam je sume tu..
..ble2 masa  jeAllah bole tarik balek ape yg telah dipinjamkan utk hamba-hamba-Nya..
...b'syukur la dgn ape yg telah dikurniakan kepada kte..
..sesungguhnye Allah syg pada hamba-hambaNya yg selalu bersyukur..

..hmm,tenang sungguh kn hari ni..
..Maha suci Allah yg telah mengurniakan ketenangan yg sgt2 tenang kpd ak..
..dgn cuaca yg sejuk,hujan renyai2 mmg cukup menenangkan hati..
..Alhamdulillah,syukur pada Allah ak dpt rasa sume ni..
..Alhamdulillah..
^_^

..entry ni sekadar utk renungan kte bersama..
..sama2 la kte muhasabah diri kte..
..btw,kt cni ak nk share perkara2 sunat yg bole dilakukan pada hari jumaat..
..niat segala ape yg kte buat ni hanyalah kerana Allah..
..I'Allah,Allah akan mengurniakan pahala yg setimpal atas ape yg kte lakukan dgn ikhlas..


Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Jumaat

sumber : informasi kini


1. MANDI.
Bagi kita di Malaysia dan penduduk negara lain yang mempunyai cuaca serupa, mandi ialah suatu rutin hidup. Namun, mandi boleh menjadi amal soleh jika kita meniatkannya semata-mata kerana Alah s.w.t. Contohnya ialah mandi pada hari Jumaat dengan maksud mematuhi galakan Rasulullah s.a.w.
( Dari Ibnu Umar ra ), Sabda baginda SAW yang bermaksud :
“Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


2. Menghias dan Pakai Wangi²an.

Menghias diri, memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut. Justeru, kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai pakaian yang baik dan berwangi-wangian.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
Sekiranya kita mampu pakailah baju berwarna putih pada hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia adalah pakaian kamu yang paling baik dan kafankanlah orang-orang yang telah meninggal dunia di kalangan kamu dengannya.”

3. Memotong Kuku.
Islam amat mementingkan kebersihan dan kekemasan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.”
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Persoalan kebersihan hendaklah diberi perhatian pada sepanjang masa terutama pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut kita akan pergi beramai-ramai ke masjid dan berjumpa dengan saudara seagama. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang hina oleh orang lain hanya kerana kita tidak mahu menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

4. Membaca Surah al-Kahfi.
Sunat membaca Surah al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.”
(Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah s.a.w lain yang bermaksud :
“Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antaranya dan Baitul `Atiq.”
(Riwayat Al-Baihaqi)

5. Memperbanyak Doa.
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang beriman. Kita mempunyai ramai musuh sama ada di dalam atau luar diri kita, di samping berhadapan dengan banyak cabaran sepanjang hidup kita. Sehubungan itu, kita amat mengharapkan pertolongan dan rahmat daripada Allah s.w.t untuk menghadapi segala ujian ini. Antaranya dengan cara berdoa.
Kita digalakkan untuk banyak berdoa, apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa. Di antara hadis Rasulullah s.a.w mengenai perkara ini ialah
Sabda baginda yang bermaksud :
“Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
(Riwayat Muslim).

6. Berselawat.
Berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Pada hari Jumaat, kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Sabda baginda yang bermaksud :
“Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”







p/s..Salam Ramadhan buat muslimin dan muslimat sekalian..semoga Ramadhan kali lebey baek dari Ramadhan2 sebelumnye^^

Monday, August 8, 2011

jangan rugi dalam bulan Ramadhan~~



alt

Ramadan umpama bulan bonus atau bulan durian runtuh bagi para peniaga juadah. Ada peniaga yangyang kata berniaga sebulan bulan Ramadhan boleh menampung keperluan hidup keluarga untuk tempoh setahun.
Memang diperakukan bahawa Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tatap menyumbang kepada pembaziran.

Sebaliknya, Ramadan adalah bulan Allah SWT melelong, membuat Mega sales dan memberi bonus pahala berganda kepada hamba-hamba-Nya yang mengambil kesempatan daripada berkatnya Ramdaan untuk bertaubat nasuha dan memperbanyakan ibadah dengan ganjaran berganda berbanding denganbulan-bulan biasa.
Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan. Kerana pahala itu tidak nampak seperti keuntungan berniaga di pasar ramadhan. Orang berebut-rebut untuk dapatkan tapak pasar malam, tetapi tidak berebut-rebut untuk dapatkan tempat di majlis-majlis ilmu, zikir, dan majlis agama yg lain. Bukan salah berniaga, bahkan ia sunnah, tetapi tidak lagi menjadi sunnah andai solat asar dan maghrib tergadai akibat sibuk dengan persiapan.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 183) 
sumber : i luv Islam

Friday, August 5, 2011

indahnya Ramadhan~~




Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.
Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya' seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.
Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.
" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)
Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: "saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa'i)
Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian amalan dan ilmu.
" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang  yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)
"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)
Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.
Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.
Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.
"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran."
-Artikel iluvislam.com