Wednesday, January 22, 2014

Wordless Wednesday #2


Assalamualaikum



 











Doa Ketika Sedih~~

                
              

Assalamualaikum

WAHAI ALLAH YANG MAHA PENGASIH
SEJAHTERAKANLAH UNTUK KU ... YA ALLAH
SEMOGA AKU SIHAT DAN BAHAGIA
SEMOGA AKU BEBAS DARI KEMARAHAN DAN KEBENCIAN
SEMOGA AKU BEBAS DARIPADA KEMISKINAN JIWA & RAGA
SEMOGA AKU BEBAS DARIPADA PENDERITAAN JASMANI DAN ROHANI
SEMOGA AKU DAPAT MEMPERTAHANKAN KEBAHAGIAN SENDIRI

WAHAI ALLAH ... YANG MAHA MEMBUKA
AJARLAH KAMI YANG LEMAH UNTUK MELIHAT JALAN KELUAR DARI SEMUA MASALAH
BUKALAH HIJAB KAMI YANG TAK MAMPU MELIHAT KEBAIKKAN PADA PERISTIWA
JANGAN TUTUP UNTUK KAMI PINTU KEBAIKKAN YANG SELAYAKNYA KAMI DAPAT
SEKIRANYA ENGKAU MENGKEHENDAKI SESUATU TERTUTUP, BETAPA APA PUN SEGALA KEKUATAN
BERSATU UNTUK MEMBUKANNYA PASTI TIDAK ADA YANG AKAN MEMBUKANYA KECUALI DENGAN
KEKUASAAN MU YA ALLAH.
KAMI BERDIRI DI GERBANGMU MENGETUK PINTU MU BERTALU-TALU

YA FATTAH.....YA FATTAH.....YA FATTAH
BUKA PINTU HIJAB KAMI YA FATTAH
KAMI BERHARAP REDHA DAN KASIHMU
KAMI MENGHARAPKAN DIBUKAN PINTU RAHMATMU SELUAS-LUASNYA
MAKA KAMI MENZIKIRKAN ASMAMU BUKALAH SEGALA KEBAIKKAN UNTUK KAMI

DENGAN NAMAMU YA ALLAH, AL FATTAH WAHAI ZAT YANG MAHA PEMBUKA
KAMI BERHARAP TERBUKALAH SEMUA PINTU BAROKAH

YA RAHMAN YA TUHANKU
MESKIPUN AKU BELUM SEMPAT MENGUCAPKAN KESYUKURAN ATAS SEGALA NIKMATMU UNTUKKU
AKU REDHA AKU IKHLAS DAN AKU PASRAH YA ALLAH
YA ALLAH KINI AKU MENGETUK LAGI MENYAMPAIKAN HASRAT DAN HAJAT KU DAN LAGI
AKU MEMOHON AGAR ENGKAY YA ALLAH TETAP SUDI MENDENGARNYA KERANA SESUNGGUHNYA
KAULAH YANG MAHA MENDENGAR...

YA WAHAB...KAU PERUNTUKKAN KECUKUPAN UNTUKKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU
YA GHANIY ... YANG MAHA KAYA DAN LENGKAP
KAU KURNIAKANLAH KE DALAM HATI-HATI KAMI AKAN NUR MUHAMMAD, KEKASIHMU
AGAR KELAK CAHAYA INI MENJADI PELITA UNTUK KAMI MENUJU NUR-MU

YA RAZZAQ YANG MAHA PEMBERI REZEKI
KAU LIMPAHKAN REZEKIMU YANG BARAKAH BUATKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU
AGAR KAMI DAPAT MENERUSKAN SEDEKAH AMAL JARIAH TERHADAP YANG MEMERLUKAN
AGAR KAMI DAPAT LIMPAHKAN KURNIA KEKAYAAN ZAHIR & BATIN YANG KAU AMANAHKAN
AGAR KAMI JAUH DARI KEFAKIRAN DAN KEMISKINAN YANG BOLEH MEMBAWA KAMI KEPADA KEKUFURAN
AGAR KAMI DAPAT MENERUSKAN HIDUP KAMI DALAM KELAPANGAN DAN KESENANGAN YANG MEMBAWAKAN JIWA KAMI KEPADA KEMAKMURAN
LALU KAMI BERJAYA MENGUASAI DIRI UNTUK BERJAYA SEBAGAI HAMBAMU DUNIA & AKHIRAT

YA RASHID YANG MEMIMPIN KEPADA KEBENARAN
JIKA ADA ANTARA KAMI INI JAUH DARI MU, MOHON YA ALLAH DEKATKANLAH KAMI KEMBALI SERTA BANGKITKANLAH
SEMULA RINDU ASMARA KAMI TERHADAPMU
SESUNGGUHNYA KAU MAHA DEKAT
KAU HAMPIR PADA SETIAP DARI KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI INI SERING LALAI YA ALLAH
DEKATKANLAH KAMI PADA MU YA ALLAH

MOHON KAU CELIKKAN HATI DAN NURANI KAMI DENGAN ILMU YANG BERMANAFAAT
RINGANKAN USAHA DAN IKTIAR KAMI, LIMPAHKAN KAMI CAHAYA ILMU YA ALLAH
AKU YANG MASIH FAKIR YA ALLAH AMPUNKAN AKU YA ALLAH
YA ALLAH LAPANGLAH DADA KAMI SERTA LUPAKANLAH PADA SENGSARA KAMI
SELAMATKANLAH KELUARGA KAMI SERTA BERILAH PENYERI DALAM IKATAN PERTALIAN YANG DIBINA OLEH KAMI

YA ALLAH SELAMATKAN PERJALANANKU DAN SELURUH UMAT MUHAMAD
SELAMATKANLAH KAMI KETIKA KAMI MELAKSANAKAN TUGASAN HIDUP KAMI
PADA SETIAP HARI-HARI KAMI
ANUGERAHKAN KAMI KEKAYAAN KEMAKMURAN DAN KUASA YANG MENCUKUPI DALAM
BENTUK MASA KEKUATAN DAN HARTA
AGAR BEBANAN YANG TYERPIKUL MENJADI RINGAN DAN MUDAH
AGAR SEGALA JANJI DITUNAIKAN DAN SEGALA IBADAT MENDAPAT REDHAMU YA ALLAH

YA ALLAH SEKIRANYA ADA YANG TERTINGGAL KATA-KATA DALAM DOA KU INI
KAU TAHU APA TERKANDUNG DI DALAM ISIHATI AKU JUA
AMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA BESAR DAN KECIL KU TERHADAP MU YA ALLAH
DAN KEPADA KEDUA IBU BAPA AKU, ISTERI , ANAK-ANAK, SAUDARA-SAUDARA, SAHABAT HANDAI DAN SEMUA YANG MENGENALI AKU SERTA SELURUH UMAT MUHAMAD SAMA ADA YANG MASIH HIDUP ATAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH. AMPUNKAN AKU YA ALLAH KERANA TERLALU BANYAK YANG AKU MEMINTA-MINTA KERANA SESUNGGUHNYA PERGANTUNGAN KU IBADATKU SOLAT KU HIDUP DAN MATI KU HANYA PADA MU YA ALLAH

JIKA DOA HAMBA MU INI TAK PERKENAN PADA MU YA ALLAH, AKU TETAP REDHA DAN AKU AKAN TERUS MEMOHON PADAMU YA ALLAH

"YA ALLAH, TOLONGLAH AKU DALAM MENJALANKAN AGAMA YANG MERUPAKAN PELINDUNG SEGALA URUSANKU.
ELOKKANLAH URUSAN DUNIAKU YANG MERUPAKAN TEMPAT AKU MENCARI KEHIDUPAN.
ELOKKANLAH URUSAN AKHIRATKU YANG MERUPAKAN TEMPAT AKU KEMBALI.
JADIKANLAH KEHIDUPANKU INI SEBAGAI TAMBAHAN SEGALA KEBAIKAN BAGIKU DAN JADIKANLAH KEMATIANKU SEBAGAI KETENANGAN BAGIKU DARI SEGALA KEJAHATAN."


~ kesat air matamu lalu bangkitlah. Mulakan hidup baru. Usah bersedih dan berduka lagi. Allah kan ada ~

Sunday, January 12, 2014





Assalamualaikum


Buatlah apa yang awak nak buat selagi belum terdetik di hati kata benci dan 

meluat..Ingat, hati wanita akan menyayangi orang yang dia sayang sepenuh hati, tapi

 sekali hatinya terluka dan berdarah parah, jangan awak harap saya akan berpaling...





 

Friday, November 22, 2013

Perlu ke nk tulis blog balik?


Assalamualaikum

Dear peeks

   Kadang-kadang aku macam terlupa aku ada blog. Oh silap silap. Bukan terlupa. Aku tahu aku ada blog tapi saje-saje aku buat terlupa. Macam hareemm !! hehe

    Tapi tak kisah lah. Sebab blog aku bukan popular pon. Dan tak ada sape yang dok tertunggu-tunggu aku update blog. So tak la rasa terbeban sangat..Haha !! perlu ke aku rasa terbeban semata-mata kerana sebuah blog? Pada aku, tak perlu ! tak perlu ! In fact, banyak lagi kerja lain aku patut rungsingkan buat masa sekarang.

    Duh ! dalam tengah serabut pon ak hadap jugak benda ni. Ni semua sebab aku tertengok blog aku phtu aku rasa macam aku perlu update sesuatu. Kalau aku tak bukak blog tadi konfem aku tak hupdate. 

   Hehe rasa macam mengarut la pulak. Dari awal sampai sekarang asyik dok cakap pasal tak hapdet blog je. Macam bangga sangat la khenn!! haha

   Tapi tu la, aku bukannye ada idea nk tulis pasal ape pon. Ape yang terlintas kat fikiran sekarang aku tulis. Kalau tak terlintas apa-apa maka secara automatiknya aku blur. Memang stop terus dah la.

  Alang-alang aku tulis blog mehla aku perkenalkan diri aku sekali lagi. Aku blogger picisan yang memang takde bakat langsung untuk menulis. Tapi gatal jugak nak ada blog bila tengok orang lain pakat-pakat dok buat blog.Typical malays.Tengok orang lain ada kita pon kalut nak jugak ada..hew ! hew ! Mereka update cerita macam-macam. Aku pulak macam update cerita macam haremm. Selalu kekeringan idea. Pendek kata memang takde modal langsung la nak bercerita pasal apa.

  Orang lain punyalah gah bercerita, aku pulak dari awal sampai akhir asyik dok cakap pasal benda yang sama. Kalau tak percaya cuba la baca dari awal balik. Mesti korang akan bersetuju dengan aku. Tak ! korang memang harus bersetuju ! Plus, bila aku preview balik apa yang aku tulis, aku perasan banyak gila spelling error. Haih teruk sungguh bahasa. Kadang-kadang rasa kecewa dengan diri sendiri. Dah besar panjang pon selalu jugak tersilap eja. Tak ke malu kokrang kalau orang lain tengok. Nasib baik la entry boleh edit. Kalau tak boleh memang terang-terang aku jamu korang dengan banyak giloss spelling error. Haha !

   Untuk permulaan ( padahal bukan permulaan sangat pon ) ok lah kot kalau tulis macam ni je kan. Nanti lain kali aku hapdet lagi sebab rasa macam nak serius balik berblog je. Mana taw, untung-untung dapat naik pangkat jadi selebriti blogger pulak. Haha perasan perasan.


        
Merenung masa depan. Bercita-cita menjadi blogger terkenal. Puii =P








Thanks for reading this entry !




Thursday, May 30, 2013

Wednesday, March 13, 2013

Test Bakat..hihihi !! Felt craft ( Tempahan Dibuka )





Assalamualaikum
Dear readers

Hari ni aku nak cerita pasal ape yang ak tengah buat kat umah time cuti macam ni..hukss, ngada nak cerita padahal takde sape yang tanya pon..bajet hot !! puii..

Tapi tak kisahla kan,at least aku pegang prinsip sharing is caring walaupon kadang-kadang kedekk nak mampus..hihii Onion Head Emoticons 39 Act,baru-baru ni aku mula berkecimpung dalam seni kraft felt..kraf felt ni untuk sape-sape yang tak taw bole lah tanya encik gugel..Aku buat banyaakkk sangat sebab umi aku nak jual dekat kawan-kawan ofis die..Alhamdulillah, dok menjahit sambil melangguk tengok tv pon dapat jugak hasilnye walaupon dapat cket je tak mcam orang kerja gomen..At least bole la buat model untuk beli barang-barang kraf yang bagi aku tahap super mahal ni..well,laen supplier laen la harganya..so, for those yang nak berjinak dalam berniaga kraft felt ni, choose wisely !!

Act, aku ada amek tempahan bagi sape-sape yang berminat untuk order..so mana-mana yang berminat bole lah view gambar-gambar kat bawah ni atau kat link fb yang aku akan letak kat bawah nanti, atau boleh contact aku sendiri..

Pasal harga lak korang jangan risau, aku jual murah-murah je..harga memang affordable..nak jual mahal-mahal pon macam tak layak je..aku jahit takdelah secantik macam orang pro menjahit..tp aku cuba sedaya-upaya buat yang terbaek untuk customer-customer aku..setakat ni alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dan ramai jugak yang repeat order..So sila-sila la jamu mata ye, hehe !!    Onion Head Emoticons 36
  

antara bentuk-bentuk yang ada..customer boleh request nak bentuk ape-ape pon

keychain and fon charm, burng hantu, 1 unit RM6, fon charm,1 unit RM3





Teddy bear, 1 unit RM5

Shawn the sheep, 1 unit RM4 (small), RM6 (large)

Kucing comel, 1 unit RM6

Kucing comel 2, 1 unit RM6

Kucing comel 3, 1 unit RM5

By the way, customer bole request warna dan bentuk untuk kraft felt yang dorang nak..so kalau ada yang berkenan boleh lah email aku ye..Onion Head Emoticons 23



Email : sakushichan@gmail.com
facebook : http://www.facebook.com/sheeda.chan